Friday 4 May 2018

Trip Kashmir : 29 Mac 2018



Destinasi kami untuk pagi ini adalah Gulmarg. Gulmarg pun ada salji macam dekat Sonamarg. So, kiranya hari ni kami akan main salji lagi.


Sarapan untuk hari ni.

Setelah breakfast, kami bertolak ke Gulmarg. Perjalanan ke Gulmarg mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak. Jalannya lebih kurang macam ke Sonamarg. Kena mendaki menaiki bukit dan berliku-liku.

Di pertengahan perjalanan, Mr Zahoor tanya kami nak berhenti minum atau tidak. Kami semua setuju untuk berhenti rehat sekejap. Bila dah turun dari van, En Issey bagitau yang kami x payah masuk ke restoran untuk minum sebab kami tengah kejar masa untuk ke Gulmarg. Dari dalam van tadi x cakap awal2. Kalau macam tu baik tak payah berhenti. Tulah En Issey sepanjang perjalanan asyik tidur je. Sampai Mr Zahoor tu cakap, En Issey tu bukan tour guide tapi tour sleep. Dah alang2 berhenti kami cakap mahu ke tandas sekejap. Ada yang ke tandas dan ada yang ambil peluang untuk ke kedai yang menjual buah-buahan kering di seberang jalan.


Tandas terletak di belakang restoren. Ada kebun epal dan ceri kat kawasan belakang tu tapi semuanya baru nak berbunga. 

Budak ni asyik tengok je kami kat luar restoren tu. Rasa kesian Mr Hubby bagi makanan sikit kat dia. Lepas dapat makanan, dia tunggu lagi kat situ. Dia nak duit kot, tapi kami x bagi pun.

Dah sudah semua urusan, kami teruskan perjalanan ke Gulmarg. Sampai je di kawasan parking, belum sempat turun van dah ada orang datang serbu. Diorang ni pemilik kuda. Diorang tawarkan khidmat untuk naik kuda ke tempat untuk beli tiket gondola. Menurut En Issey, kami kena berjalan dalam 200m je, jadi tak perlulah nak naik kuda bagai. Seriously, aku rasa tertipu derngan kata2 En Issey tu. Bukan 200m tapi hampir 1km jugak kami menapak. Aku selalu masuk fun run jadi aku taulah jarak 200m tu jauh mana. Yang muda2 xpelah nak menapak jauh2. Group kami ni ada jugak yang veteran, jadi kesianlah kat diorang. Apa salahnya kalau bagi yang veteran tu naik kuda, bukan bayar guna duit En Issey tu pun. 

Bila dah sampai ke kaunter tiket, En Issey suruh kami kumpul duit untuk beli tiket. Tiket gondola adalah 740 rupees. Ingatkan dia yang nak pi beli, alih2 Karthik yang pi beli. Sekarang ni sapa tour guide kami?.. Kat kaunter tiket tu ada tawarkan khidmat local tour guide. En Issey dah pesan siap2 kat kami supaya jangan layan sebarang tawaran yang dikemukakan. Tengah duk tunggu Karthik beli tiket, ramai pulak peminta sedekah yang datang kebanyakkannya adalah wanita. Rasa kesian tu ada tapi kadang2 rasa uncomfortable pun ada. Diorang tanpa segan silu tarik tangan or bahu kita untuk minta duit. Kalau offer makanan diorang reject. Ada yang ambik tapi diorang lebih prefer duit. Demanding gitu.  Dah dapat tiket, kami berjalan dalam 100m untuk ke stesen gondola.


Sampai sana, baru tau yang En Issey tak naik sekali ngan kitaorang. En. Issey suruh kami beratur untuk ambik turn untuk naik gondola. Orang kat dalam stesen tu ramai yang amat. Barisan sampai ke luar bangunan. Local tour guide yang kat kaunter tiket tadi duk mengekor je kami, cuba nasib untuk tawarkan service dia. Pada mulanya, kami ikut je pesan En Issey tu. Tapi bila pikir balik kalau local tour guide tu mampu tolong kami lancarkan perjalanan kami, apa salahnya ambik khidmat dia. Lagipun tour guide kami, x ikut kami sampai atas pun. Kami semua setuju untuk ambik khidmat local tour guide tu. Kami cuma bayar 20 rupees seorang. Dia tolong beratur bagi pihak kami dan cepatkan proses kami untuk naik gondola. Kami x perlu beratur panjang dan bersesak-sesak dengan orang ramai.





Gondola tu tak akan berhenti masa kita nak naik tu, jadi pandai-pandailah naik dengan cepat sebelum pintu tertutup. Satu gondola boleh muat 6 orang.


Gulmarg gondola berada di ketinggian 2,635 dari aras laut. Pakej yang kami pilih adalah untuk ke phase 1 iaitu Kongdoori mountain dengan ketinggian 2,990m dari aras laut.





Sampai je kat atas, kami terus pergi ke gerai yang banyak terdapat kat situ. Ada yang nak makan dulu. Jadi kami berpecah kepada 2 kumpulan. Aku dan ahli yang x nak makan memilih untuk mencuba aktiviti yang ada di situ. Ada aktiviti ski, sledge dan snowbike. Bincang punya bincang, kami bersepakat untuk memilih aktiviti snowbike. Fee untuk aktiviti snowbike
adalah 1200 rupees seorang. Actually harga fee tu bergantung kepada station yang kita pilih. Ada 4 station semuanya. Kami pilih sampai station ke-3 sahaja.






Aku try jugak bawak sendiri snow bike tu. Bawa sendiri tapi ada orang yang tolong ajar cara nak handle kat belakang. Bawak sekejap je. Last-last jadi pembonceng je. Laju jugak orang tu bawak. Rasa melambung jugaklah bila dia bawak laju dan naik kawasan yang tak rata.




Lepas habis aktiviti snowbike, kami main snow fighting pulak. Main lempar bola salji. Bukan selalu jumpa salji kan. Jadi kami main sampai x sedar masa yang berlalu. Sedar-sedar semua dah penat. So, kami decide nak turun bawah. Lagipun,rasanya dah lama sangat kami kat atas ni.

Masa nak naik,barisan yang beratur panjang. Masa nak turun pun sama. Mujur kami ada hire local tour guide. Takdelah kami kena beratur lama sangat. 


Dah sampai bawah, kami pergi ke tempat van menunggu. Selepas ni kami akan ke Dal Lake. Malam ni, kami akan menginap di sana. Masa kami sampai di Dal Lake, hari dah malam. Ada Shikara yang menunggu kami yang akan membawa kami ke houseboat yang telah ditempah oleh En Issey.


Dah sampai houseboat, kami masuk ke dalam bilik masing2 untuk berehat dan mandi. Owner houseboat beritahu nanti dia akan panggil bila dinner dah ready. Tempat makan kami adalah di bahagian belakang houseboat kami iaitu di rumah owner houseboat itu sendiri. Masakan untuk dinner dimasak oleh ibu dan isteri owner.

Menunggu makanan tiba. Kami makan bersila je. 

Dinner kami untuk malam ni. Sedap giler. Siap menambah lagi. Owner tu siap pesan, jangan malu-malu untuk tambah.

Selepas makan, kami diberitahu ada penjual yang akan datang untuk berjualan di houseboat. Malam tu ada 2 orang penjual yang ada datang. Seorang jual kain dan shawl dan seorang lagi jual souvenir. Aku memang mengantuk giler lepas makan tu tapi sempatlah aku beli 2 helai shawl dan lepas tu aku terus ajak Mr Hubby balik ke houseboat kami. Yang lain2 masih terus berjual-beli.

Sampai bilik, aku terus tidur. Aktiviti kami untuk esok adalah menaiki Shikara dan pergi ke Tulip Garden. Selepas itu kembali pulang ke New Delhi. 





TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...