Monday 19 March 2018

Aku dan Snail Mail




Aku mula mengenali dunia snail mail sejak sekolah menengah lagi. Tapi itu tak bertahan lama pun. Masa tu cuma dapat 2 orang penpals je. Seorang dari Thailand dan seorang lagi dari UAE. Aku dan bff aku,Chah cuma suka-suka je hantar surat. Orang kata cuba nasib. Tak sangka pulak ada yang balas. Kami masa tu ambil alamat penpals dalam sisipan Nuances dari akhbar The Star (kalau tak silap akulah).. Penpals dari Thailand bernama Bask dan dari UAE bernama Donia Abbas. Baru-baru ni,aku dapat contact balik Bask. Aku approach dia dalam IG, mujur dia ingat aku lagi.


Awal tahun baru-baru ni, dalam tengah scroll IG tu, aku terjumpa pic envelope yang cantik. Rupa-rupanya tu pic envelope untuk penpals. Tiba-tiba kenangan tentang snail mail tu muncul kembali. Aku pun terfikir why not aku try balik snail mail ni. Lagipun sempena dah nak masuk 30-an ni ,aku nak try something new. I mean new adventure.. Jadi aku rajinkan diri untuk search individu yang ingin menjadi penpals. Lepas tengok profile and rasa dia sesuai untuk jadi penpals, aku terus DM mereka. Ada sudi and ada yang tak. Jadi,janganlah kecil hati pulak kalau ada yang tak sudi. Masing-masing bebas memilih kan?. Aku juga ada follow IG untuk penpals community kerana ada iklan untuk mencari penpals di sana tapi hati-hati bukan semua yang jujur. Ada yang berniat untuk prank pun ada. Selain itu ada yang approach kita untuk menjadi penpals dan meminta kita menulis surat dahulu tetapi bila surat dah hantar,surat balasan tak kunjung tiba. Walaubagaimanapun, bukan semua macam tu. Ramai lagi yang jujur dan serius untuk menjadi penpals. Perasaan bila mendapat surat tu amat seronok sekali. Selalu orang tanya aku, apa yang aku tulis dalam surat aku. Well, aku selalunya bercerita tentang diri,keluarga, hobi dan pasal negara kita. Jangan terkejut kalau ada yang masih tidak mengenali negara kita.

Setakat ini,aku telah mempunyai 13 orang penpals. Aku sentiasa terbuka untuk mengenali penpals yang baru tetapi mestilah FEMALE..


Surat daripada Mariem dari Tunisia


Surat daripada Jamie dari USA


Surat daripada Namhui dari South Korea


Surat daripada Minu dari Sri Lanka


Surat daripada Julia dari Russia


Surat daripada Kazusa dari Japan


Surat daripada Kim dari Netherlands


Surat daripada Victoria dari Ukraine


Surat daripada Heidi dari USA


Surat daripada Aby dari Philippines


Surat daripada Rea dari Philippines


Surat daripada Frankie dari Australia


Surat daripada Anis dari Indonesia


Ini adalah surat yang aku terima sepanjang tahun ini.

Aku berharap agar memperoleh banyak surat lagi. Tak sabar untuk menulis surat kepada mereka dan membina ikatan persahabatan yang baru.

Itulah antara pahit dan manis dunia snail mail. Sesiapa yang berminat boleh mencubanya. Tiada istilah terlewat untuk snail mail..

Bye for now. Jumpa lagi di entry seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi menjenguk blog ni..

4 comments:

  1. Entry yg baik . Teruskan menulis 💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you.. Baru je nak belajar menulis blog ni. Terima kasih sekali lagi kerana sudi jenguk blog saya.

      Delete
  2. Boleh tak sis tlg list gifts yg boleh dihantar pada penpals.saya takut surat Saya today diterima pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh send something yang ringan dan x berat contohnya bookmarks, sticker dan poskad. Kalau send teh pun boleh tapi harga setem kena tambah sikit.

      Delete

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...