Sunday 24 June 2018

Trip Kashmir : 30 Mac 2018


Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Kashmir. Selepas breakfast, aktiviti  kami adalah mengelilingi tasik dengan menaiki Shikara. Fee untuk Shikara adalah 200 rupees seorang. Satu Shikara boleh muat 4 orang. Jadi, aku menaiki Shikara bersama Mr Hubby, Anna dan Asma. Baru je rasa nak seronok naik Shikara, tiba-tiba Shikara kami dihampiri oleh satu perahu. Rupa-rupanya tu perahu peniaga. Mula-mula satu perahu je datang, lama-lama penuh di keliling Shikara kami. Ada yang jual cenderahati seperti beg dan key chain, shawl, sari, jewelleries dan anak pokok bunga pun ada. Sempat juga lah kami borong souvenir sikit.





Kami tak sempat nak pusing habis tasik pun sebab dah sangkut dengan peniaga berperahu tu. Dalam pukul 10 pagi, kami dah kena check out dari house boat. Pagi ni baru nampak pemandangan kat kawasan sekitar house boat tu. Semalam sampai dah malam jadi tak nampak apa pun. Rupa-rupanya banyak house boat yang ada dalam tasik tu. Macam-macam design ada.

Lepas check out, kami bertolak ke Tulip Garden. Cuaca kat sini agak panas, tidak seperti cuaca hari-hari sebelumnya. Tulip Garden tu terletak tak jauh dari house boat. 







Kami tak berada lama pun dekat Tulip Garden ni sebab nak bergegas ke airport. Menurut En Issey, kami perlu tiba awal di airport kerana kami perlu melalui banyak pemeriksaan security.

Sebelum masuk ke kawasan airport, kami perlu menurunkan semua barang yang ada di dalam van untuk di scan. Setelah selesai body checking dan scan barang, kami meneruskan perjalanan ke airport. Setelah sampai di airport, kami menghadapi masalah kerana pemandu van geng veteran telah menahan kami kerana En Issey tidak menjelaskan baki duit bayaran khidmat mereka. En Issey telah berjanji untuk memberi baki bayaran setelah tiba di airport tetapi tidak mengotakan janji beliau. En Issey meminta untuk meminjam duit dari kami sebanyak 40000 rupees tetapi kami mengatakan bahawa kami sudah menghabiskan duit untuk shopping. Jadi sudah tiada baki lagi. Mujur driver van kami, En Zahoor membenarkan kami memasuki airport dan cuma tidak membenarkan En Issey sahaja. Kami cepat-cepat masuk ke airport dan menyelesaikan 2nd security check. Kami tak tahu apa yang terjadi kepada En Issey selepas itu, yang kami dapat cuma msj dari beliau yang meminta maaf kerana tak dapat menemani kami ke New Delhi.

Kami menguruskan sendiri diri kami di Srinagar Airport dan juga di IGIA. Selepas check in luggage, kami melalui 3rd security check. Selepas itu, kami pergi makan dan solat. Di dalam airport Srinagar ada surau, jadi mudah untuk orang Muslim bersolat. Sebelum menaiki penerbangan, ada lagi satu security check. Dalam airport ni, dilarang mengambil gambar. Teringat kami kena jerkah dengan security sebab cuba mengambil gambar. Terkedu sekejap..

Selepas tiba di New Delhi, dari terminal domestic kami berjalan ke terminal antarabangsa. Mujur segalanya berjalan lancar dan kami tidak menghadapi masalah walaupun tanpa tour guide. Alhamdullillah, akhirnya kami berjaya mendarat di KLIA pada 31 Mac 2018 @0715 hrs.

Well dari trip ni banyak benda yang aku belajar

- Kena pilih tour guide yang betul-betul boleh dipercayai
- Kena try travel sendiri, kalau sesat boleh salahkan diri sendiri je
- Kerjasama dan tolong menolong amat penting
- Indah tempat orang , indah lagi negara sendiri

Kepada En Issey dan wife, Scha Haneyra semoga selepas ini kejadian yang menimpa kami tidak terjadi kepada orang lain. Harap service travel agency anda diperbaiki.

Jumpa lagi di next destination.....


TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...