Tuesday 28 August 2018

Trip Singapore : 4 & 5 Mei 2018

 Untuk trip kali ini aku memilih pakej dari Ayden Averroes Travel. Ini merupakan kali kedua aku ambil pakej dari mereka. Sebelum ni aku pernah ambil pakej mereka untuk ke Hatyai. Harga pakej ke Singapura adalah RM 129/person. Trip kali ni cuma aku and hubby je yg pergi.

Kat bawah ni adalah itinerary yang diberi pihak travel agent.

JADUAL PERJALANAN :

 9.30 PM - Pick up point di ERL DEPARTURE KL SENTRAL (Berhadapan Bangunan Axiata)

10.30 PM - Bertolak ke R&R Gelang Patah

03.00 AM - Tiba di R&R Gelang Patah
  • Rehat di Surau R&R
  • Mandi/ Salin Pakaian
05.30 AM - Sarapan

05.50 AM - Solat Subuh

06.10 AM - Menaiki bas semula 
  • Isi white card Bersama
06.30 AM - Bertolak ke Imigresen

06.40 AM - Imigresen Malaysia

07.00 AM - Imigresen Singapura

07.45 AM - Bertolak dari Imigresen Singapura

08.30 AM - Merlion & Esplenade 
  • Tour Guide STB mengambil tugas
  • Merlion
  • Victoria Theatre
10.30 AM - Mustafa Center

11.45 Am - Bugis Street

13.00 PM - Malay Heritage Center
  • Istana Kampung Gelam
  • Masjid Sultan
  • Makan Tengahari
  • Solat Zohor
  • Haji Lane
15.00 PM - Bertolak ke Sentosa Island

15.30 PM - USS Globe

16.30 PM - Big Merlion

17.15 PM - Palawan Beach

18.00 PM - Bertolak ke Gardens By The Bay

19.45 PM - Light Rhapsody Show @Supertree

20.45 PM - Bertolak ke Imigresen Singapura

20.50 PM - Imigresen Singapura

21.50 PM - Imigresen Malaysia

22.15 PM - Bertolak dari Imigresen Malaysia

23.15 PM - R&R Machap
  • Mandi
  • Solat
  • Makan 
00.15 AM - Bertolak ke KL Sentral

03.15 AM - Tiba di KL Sentral

 Roughly kami memang sempat cover semua tempat dalam itinerary cuma ada sedikit perubahan dari segi masa dan tempat sahaja. Contohnya kami tidak pergi menonton Light Rhapsody Show tetapi pergi menonton Spectra - A Light & Water Show - at Marina Bay Sands Singapore (malangnya setelah puas menunggu, show cancel akibat masalah teknikal).

KLIK!! KLIK!!!

Inilah rupa white card yang perlu diisi sebelum memasuki Singapura



Tugu Peringatan ni namanya The Cenotaph. Memorial perang ini ada di Taman Esplanade. Ianya dibina untuk memberi penghormatan kepada tokoh yang berjuang dan mati semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II.


Ini adalah bangunan Asian Civilisation Museum (Muzium Tamadun Asia). Kami tak masuk pun cuma ambil gambar kat luar bangunan je. 


Arca bebola tu ada di hadapan bangunan Asian Civilisation Museum. Motif arca tu dibina aku lupa nak kaji. Huhuhuhu….


Merlion merupakan maskot rasmi bagi Singapura, digambarkan sebagai makhluk mitos dengan berkepala singa dan berbadan ikan.


Merlion  & Marina Bay Sands


Marina Bay Sands. Mampu tengok jer...

The Malay Heritage Centre is a cultural centre and museum in Singapore that showcases the culture, heritage and history of Malay Singaporeans. Located at Sultan Gate in Kampung Glam, the 8,000 square metres (86,000 sq ft) centre was launched on 27 November 2004. (credit Wikipedia)



Masjid Sultan yang terletak di kawasan Kampung Glam.


Makan tengahari di sini. Sepinggan nasi campur & air kalau convert duit Malaysia boleh cecah RM21 sepinggan. 


Pemandangan pada waktu siang di Gardens by the Bay.


Tiada cahaya lampu cuma tiang kosong sahaja. Pemandangan waktu malam lagi lawa sebenarnya.


Taman di Persisiran @ Gardens by the Bay merupakan sebuah taman yang merangkumi 101 hektar (250 ekar) tanah yang telah ditambak di tengah Singapura, bersebelahan dengan Bendungan Marina @ Marina Reservoir.


USS Globe. Rupa globe sama je dengan yang ada kat US Osaka. Cuma beza kali ni tak masuk main pun cuma ambil gambar kat depan globe tu je.


Another Merlion. Yang ni yang berada di Sentosa Island.


 A sign declaring the islet to be the "southernmost point of Continental Asia". Sign ni ada terdapat di Palawan Beach.


Arca yang tertulis perkataan Sentosa.


Jambatan gantung di Palawan Beach. Ramai pengunjung yang berkunjung ke pantai ini untuk berenang, picnic dan sebagainya. For me, cantik lagi pantai kat Terengganu. Hihihihi...

Nilah tour guide kami kat Singapura ni. Namanya Gia. Jantinanya korang agak lah sendiri. Yang pasti aku bukan penyokong LGBT. 


View ni macam kat The Venetian Macao San Luca Canal . Walaupun aku x pernah pergi Macau tapi aku pernah nampak view macam ni kat tv.

Singapore night view. Waktu ni tengah tunggu show Spectra. 

Show cancel, so just enjoy the night view. Show Spectra tu free je jadi x terasalah sangat kecewanya tapi rasa kecewa tu still ada.


Ok, tu je untuk trip kali ini. Jumpa lagi di trip yang lain pula. Bye...

                                                                                                              xoxo









TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...