Monday 4 March 2019

TRIP CAMBODIA (15 SEPTEMBER-18 SEPTEMBER 2018) - PART 1

Assalamualaikum.. Bertemu lagi kita yer. Walaupun aku tak pasti ada orang baca ke tak post aku ni tapi aku tetap nak share tentang trip aku ni. Untuk trip kali ni aku pergi ke Cambodia. Kenapa aku pilih Cambodia dari banyak-banyak negara yang ada, actually xde sebab yang specific pun. I want to try travel together with my hubby without  travel agent, that why I pick somewhere close and I think I can survived. So, our destination is Phnom Penh.

Segala urusan untuk trip kali ni aku yang uruskan. Dari pembelian tiket flight, booking hotel dan Tuk Tuk driver aku yang uruskan. My hubby just settlekan pasal tukaran wang. Untuk pengetahuan korang, Cambodia menggunakan USD dalam kebanyakkan urusan jual beli. Matawang diorang dipanggil Riel. Kebanyakkan digunakan sebagai duit baki. Jadi jangan terkejut pulak bila korang bayar dalam USD tapi dapat balance dalam Riel.

Day 1 (15 September 2018)

Flight kami departure pada pukul 6.40 pagi . Jadi pukul 2.30 pagi kami dah ke KLIA2. Macam biasa kami ambil Grab, tambang dari rumah kami ke KLIA2 dalah RM 75 termasuk tol. Sampai KLIA2 terus settlekan urusan check in dan akhirnya hanya tunggu untuk berlepas sahaja. Pada mulanya kami agak nervous jugak sebab selalu kami pergi dalam group, ni kali pertama pergi berdua je. Mungkin bagi orang lain, tu perkara biasa. Bagi kami berdua ,banyak benda lagi yang perlu dipelajari.

 Dalam flight, pramugari akan edarkan borang untuk diisi. 



Kalau naik Airasia, x sah kalu x order makanan diorang kan. Ni aku punya makanan.

Yang ni, my hubby punya. 

Kami sampai di Phnom Penh pada pukul 7.30 pagi. Keluar je dari balai ketibaan,kami singgah kat kedai untuk beli local simcard. Dah settle urusan pembelian simcard, aku terus contact Pho Poarn. Dia ni driver tuk tuk. Aku contact dia menerusi FB untuk jadi tour guide kami sepanjang kami kat Phnom Penh ni. Dia boleh berbahasa English jadi mudah sikit nak berkomunikasi. FB dia adalah SOPHOARN TUK-TUK TOURS IN PHNOM PENH. Pho Poarn telah menunggu kami di luar bangunan airport. Jadi kami terus naik tuk-tuk dan mulakan tour kami.

Destinasi pertama kami adalah Killing Field di Choeung Ek. Choeung Ek merupakan bekas kebun yang dijadikan tanah perkuburan besar-besaran bagi mangsa rejim Khmer Rouge. Dianggarkan hamper sejuta rakyat telah dibunuh diantara tahun 1975-1979. 

Tiket masuk adalah sebanyak USD 3/pax. Kalau kita nak sewa audio headset untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah tempat ni, bolehlah berbuat demikian. Nanti akan dicajkan sekali dalam tiket masuk. Jadi tiket akan jadi USD 5. Oleh kerana kami nak berjimat, kami ambik option yang paling murah.

Kat setiap board ni ada penerangan pasal tempat ni. Kalau sewa audio headset tu, boleh lah dengar penerangan yang lebih detail. Aku rasalah..




Ini adalah Buddhist stupa. Kat dalam ni ada lebih kurang 5000 tengkorak manusia.


Ini merupakan perkuburan besar-besaran. Mayat mangsa kekejaman rejim Khmer Rouge semuanya dihimpunkan dalam satu lubang besar.


Destinasi kedua kami adalah Genocide Museum. Harga tiket adala USD 5/pax. 







The Tuol Sleng Genocide Museum is the memorial site of the S-21 interrogation and detention center of the Khmer Rouge regime. Jadi kat dalam muzium tu kita akan dapat tengok foto-foto mangsa kekejaman rejim Khmer Rouge dan bilik tahanan mereka. Mereka dilayan dengan sangat kejam. Bila baca kisah-kisah mereka, aku teringat tentang zaman penjajahan Jepun di negara kita dahulu. Lebih kurang sama je tahap kekejaman mereka tu.

Dah habis round dalam muzium, kami singgah kat kedai makan Arab depan muzium tu untuk lunch.

My hubby order menu nasi and aku order burger. Bila tengok portion nasi bukan main banyak, burger tu last kami take away je. Boleh buat dinner.

Dah habis makan kami bertolak ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel kami singgah dulu di beberapa destinasi. Firstly kami singgah bergambar di Independence Monument. Tugu ni dibina pada tahun 1958 sempena kemerdekaan Cambodia dari Perancis pada tahun 1953.


Seterusnya kami singgah di King Father Statue. Statue tersebut adalah statue Norodom Sihanouk. Beliau merupakan ahli politik dari kerabat diraja Cambodia dan merupakan King of Cambodia.



Lokasi terakhir kami adalah Wat Phnom Temple. Untuk foreigner, kena bayar fee USD1 sebelum masuk. Temple ni dibina pada tahun 1372. 

Main stairway leading to the Pagoda




Main pagoda




Dah puas round and take photo, kami teruskan perjalanan ke hotel. So tamatlah sudah tour kami untuk hari ni. So, sambung esoklah pulak.


TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...