Tuesday 16 June 2020

TRIP CAMBODIA (15 SEPTEMBER-18 SEPTEMBER 2018) - PART 2


Dah lama tak update blog ni, bila nak start menulis ada je halangan. Tangguh punya tangguh dah hampir setahun tak menulis. Well, kali ni aku nak sambung story trip aku di Phnom Penh.

DAY 2 (16 SEPTEMBER 2018)

Pho Poarn datang jemput kami lebih kurang pada pukul 8 pagi. Dia bawa kami ke kedai makan untuk bersarapan. Kami bersarapan di Gulai Halal Restaurant. Hari ni kami sarapan dengan makanan Malaysia.

                         

Dah habis sarapan kami bertolak ke destinasi pertama kami iaitu National Museum Of Cambodia.
Kami tak masuk pun dalam muzium sebab memikirkan yang kami akan ke Royal Palace nanti. Kedua-dua tempat harga tiket agak mahal bagi aku iaitu, USD 10/per person. Jadi kami memilih untuk masuk ke Royal Palace dan cuma ronda-ronda di kawasan luar muzium sahaja.

          











Selepas selesai round kawasan muzium, kami ke Royal Palace of Cambodia. Fee untuk masuk ke tempat ni ialah USD 10.

The Throne Hall

The Throne Hall






Offices inside the complex




Royal stupas


Bagi aku tempat ni berbaloi untuk dilawati. Banyak view yang menarik untuk dilihat. Komplek diraja ni agak luas, make sure pakai kasut yang sesuai dan bawa air sekali. Kalau nak ke tandas, tandas cuma available dekat pintu keluar. Jadi jaga perut dan pundi kencing anda, kalau tak nak menapak jauh ke tandas.

Selesai round dalam Royal Palace , kami singgah di Wat Onnaloam.




Lepas ambik gambar sekeping dua, kami meneruskan perjalanan ke Silk Islands. Untuk ke Silk Islands kena naik feri. Bukan feri besar pun. cuma feri untuk menyeberang sungai ke pulau kecil ni.





Dalam pulau ni ada tempat penghasilan sutera. Macam nama tempat ni, kat sini kita boleh lihat cara penghasilan sutera. Kita boleh lihat proses penghasilan dari awal ke akhir. First time tengok ulat sutera, agak geli pun ada sebab terlampau banyak. Aku tak pernah tengok ulat banyak-banyak ni.









Kalau korang berminat nak beli kain sutera, kat sini ada kedai yang menjual produk sutera. Yang penting ada duit, yang tiada duit macam aku ni hanya mampu tengok je. Kat dalam kawasan ni pun ada kedai yang menjual makanan tapi aku memang tak berani nak makan lah walaupun Pho Poarn kata diorang ada jual lauk ikan. So, untuk tengahari kami skip makan. Mujur pagi dah sarapan , jadi takdelah kebulur sangat.

Dah selesai jalan-jalan, dah rasa bosan kami ajak Pho Poarn balik. Sebelum sampai hotel, aku suruh Pho Poarn singgah di pejabat pos sebab aku nak pos poskad untuk BFF aku, Chah. Kami selalu pos poskad sesama kami bila kami berpeluang ke luar negara.

Lepas tu, kami terus balik ke hotel. Malam tu kami makan MAGGI je. Makanan ruji bagi kami tiap kali travel.

DAY 3 (17 SEPTEMBER)

Hujan lebat dari pagi jadi kami tak keluar ke mana-mana. Lagipun kami cuma menempah khidmat Pho Poarn untuk dua hari sahaja. Lepas hujan berhenti, kami guna Google Maps untuk ke KFC. Sebelum datang ke Phnom Penh, aku dapat tahu ada KFC halal outlet di sana. Aku jalan kaki je untuk ke sana. Adalah dalam 20 minit. Masa dalam perjalanan, hujan renyai-renyai turun. Berlari anak jugak kami. Mujur hujan turun lebat lepas kami masuk dalam KFC.



Sepanjang hari asyik hujan sahaja. Plan nak singgah Russian Market lepas makan di KFC pun terbatal. Kami terus balik dan berehat je di hotel.

DAY 4 (18 SEPTEMBER 2018)

Bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tamat sudah trip kami kali ini. Jumpa lagi di next destination. Tu pun kalau aku rajin nak update lah. Hahahahahaha.....



TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...