Thursday 4 March 2021

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

 DAY 5 (23 APRIL 2019)

Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam biasa kami memilih grab untuk ke destinasi yang kami ingini. Kami cuma memilih attraction yang berdekatan dengan hotel sahaja sebab risau akan terperangkap dalam traffic jam nanti. Traffic jam di Bangkok lebih kurang sama dengan di Kuala Lumpur. 

WAT BENCHAMABOPHIT

Tempat ini juga dikenali sebagai Marble Temple. Temple ini telah di design oleh Prince Narisara Nuwattiwong. Rekaannya adalah berdasarkan traditional Thai architecture. Harga tiket masuk adalah sebanyak 50 Baht seorang.

Pandangan hadapan



Bahagian dalam temple




Selesai bergambar kenangan, kami mengambil grab untuk balik ke hotel. Kami selesaikan proses check out dan bertolak ke Don Mueang International Airport menaiki grab. 

Oleh kerana masih awal kami decide untuk makan dahulu. Kami terjumpa satu kedai makanan halal lalu menjamu selera di situ. Nama kedai tu adalah The Villa Halal. Total harga makanan di situ adalah 435 Baht. Kami memilih untuk makan Biryani Ayam dan Tom Yam Kung. Personally aku lebih sukakan Tom Yam di kedai Samat Muslim Food.


Oleh kerana kami masih ada masa lagi jadi kami melepak sahaja di kedai makan tu. Sempat juga aku tambah desert pulut mangga.



Kami solat di surau yang disediakan. Kemudian bersedia untuk boarding pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum tu aku sempat membeli setem di pejabat pos yang ada dalam kawasan airport untuk mengirim poskad kepada BFF ku, Chah.


Itu sahaja catatan perjalanan aku untuk trip Bangkok kali ini. Ada banyak kekurangan tapi aku akan belajar untuk memperbaikinya lagi. Travel sendiri tak mudah tapi jika kita tak mencubanya kita tidak akan tahu setakat mana kemampuan kita. 

*untuk next entry akan aku tulis catatan perjalanan aku ke Can Tho dan Chau Doc, Vietnam.*



TRIP BANGKOK 2019 (PART 3)

 DAY 4 (22 APRIL 2019)

Selesai urusan check out, kami pergi pulangkan motor. Minyak motor semalam kami dah isi penuh. Pekerja kedai sewaan motor memeriksa keadaan motor dan tangki minyak. Selepas berpuas hati, beliau menyerahkan kembali passport my hubby. Masa hari first pinjam tu, mereka mengambil passport my hubby sebagai cagaran. Sebenarnya kami takut  jikalau di tahan oleh polis jika ada roadblock tetapi pekerja kedai tu cuma memberitahu kami supaya jangan risau dan jika ditahan oleh polis kami cuma perlu tunjukkan invois sewaan sahaja. Syukur kami tidak berjumpa sebarang roadblock. Kami tengok kebanyakkan penunggang motosikal jarang yang memakai helmet. Cuma yang memandu je yang pakai, yang pembonceng di belakang tak pakai pun. 

Aku bertanya kepada pekerja kedai tu cara untuk kembali ke Bangkok. Aku ada terbaca dalam satu post di TripAdvisor tentang itu tapi aku inginkan kepastian. Selepas beliau memberi penerangan ringkas dan melukis kasar peta lokasi tempat yang aku ingin tujui, kami berjalan kaki ke lokasi tersebut. 

Di hadapan kedai Tops Supermarket ada menjual tiket Tewada mini bus ke Bangkok. Setiap satu jam akan ada mini bus ke Bangkok. Selesai membeli tiket kami menunggu bas tiba. Setelah bas tiba, kami bertolak ke Bangkok.

Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami kemudiannya tiba di Morchit Bus Station. Dari sini kami mengambil grab untuk ke tempat penginapan. Kali ini kami memilih hotel bajet Grand Living Place. 


Bilik di Grand Living Place hotel. Bilik selesa cuma water pressure low. 


SAMAT MUSLIM FOOD

Kami mengambil grab untuk ke sini. Actually kami pernah datang ke sini pada tahun 2017. Masakan kat sini memang sedap terutamanya Tom Yam. 

Aku order Green Tea and my hubby order teh ais

Tom Yam Seafood, Telur Dadar dan Kailan Ikan Masin

Harga makanan kat sini memang berpatutan dan portion nya agak banyak. Total harga makanan kami ialah 540 Baht. 

Selesai makan kami pergi mencari kedai massage sebab alang-alang datang Thailand tak sah kalau tak cuba massage nya. Lagipun banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan massage. Lepas survey harga, kami ambil perkhidmatan massage di salah sebuah kedai. Nama kedai tu aku lupa. Kami ambil service whole body massage. Kami ditempatkan dalam satu bilik dan diarahkan untuk menukar baju kami kepada uniform yang mereka sediakan. Macam baju sauna yang ada di dalam drama Korea tu. Bagi aku ok lah massage mereka tu, hilanglah juga lenguh-lenguh. 

CHOCOLATE VILLE

Sebenarnya aku tak tahu pun wujudnya tempat ni. Ada satu kenalan ada DM aku di Ig dan bertanya sama ada aku ada planning untuk ke sini. So, aku buat sedikit research pasal tempat ni  dan decide untuk ke sini. Lagipun aku tiada fix plan untuk tempat yang nak dikunjungi di Bangkok. Tempat ni masuk percuma je sebab tempat ni merupakan sebuah restoren yang dibina dalam kawasan yang amat luas. Ianya berkonsepkan ' Dining in the Park' dengan tema perkampungan Europe. Kami datang sini hanya untuk bergambar je. Siapa yang kaki bergambar mesti akan rasa teruja sebab banyak spot yang menarik untuk bergambar. 










Dah puas bergambar, kami ambik grab untuk pulang ke hotel. Dah sampai hotel kami singgah sekejap di 7E berhampiran untuk membeli sedikit makanan dan minuman.

Esok kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur.

* catatan hari ke-5 akan ku sambung nanti...*







TRIP BANGKOK 2019 (PART 2)

DAY 3 (21 APRIL 2019)

Lepas mandi dan kemas barang, kami dipanggil oleh owner untuk bersarapan. Sebenarnya aku terlupa yang mereka ada provide breaksfast. Jadi kami pun pergi ke tempat yang disediakan untuk bersarapan. Owner ada memberitahu aku yang dia menyediakan nasi goreng telur dan roti berserta jem untuk kami. Dia juga meminta maaf kerana itu sahaja makanan halal yang boleh dia sediakan untuk kami. Bagi kami itu sudah mencukupi. 

View dari beranda bilik kami


Breakfast yang disediakan oleh owner tempat penginapan

Selepas selesai bersarapan, kami selesaikan proses check-out. Kemudian kami memulakan perjalanan ke Pak Chong. Sempat juga kami berhenti di tepi jalan untuk bergambar kenangan sekeping dua.

Sawah padi

Pokok ni banyak di jumpai sepanjang perjalanan kami. Cantik je bila tengok dari jauh. 

Sampai je di Pak Chong, kami terus check in di tempat penginapan seterusnya. Kali ini kami memilih hotel bajet PakChong Phubade Hotel. Bilik agak luas cuma water pressure agak low. Berpadananlah dengan harga yang kami bayar. Selepas berehat sekejap, kami pun keluar untuk meronda kawasan Pak Chong. 

Inilah motor yang kami gunakan sepanjang berada di Pak Chong.


Inilah rupa bilik kami di PakChong 

PRIMO PIAZZA

Tempat persinggahan pertama kami. Tiket masuk ke sini adalah 100 Baht seorang. Ianya di buka dari pukul 9am - 6pm.

Pintu masuk


Papan tanda di laluan masuk 





Bangunan kat sini ada vibe Italy gitu. Walaupuan aku tak pernah 
ke Italy tapi suasananya macam berada di Tuscany, Italy.



Alpaca

Kami ambil peluang untuk bagi Alpaca makan. Kena beli tau rumput tu. Harga rumput tu aku tak ingat  berapa.




Ada beberapa cafe dan bar dalam kawasan Primo Piazza ni tapi tiada yang menjual makanan halal. Kami cuma membeli air mineral sahaja untuk menghilangkan dahaga.

PB VALLEY KHAOYAI WINERY

Tempat kedua yang kami kunjungi . Oleh kerana musim menuai buah anggur sudah berakhir jadi kami tak berpeluang untuk melihat buah anggur yang masak ranum. Cuma dapat tengok ladang anggur sahaja.  Musim menuai buah anggur adalah pada bulan Februari dan Mac. Masuk adalah percuma. Jika ada yang berminat untuk mengikuti wine tour kenalah booking dahulu. Di sini juga ada restoren untuk menjamu selera.









PIROM CAFE

Aku tengok ada ramai yang upload picture cafe ni dalam instagram, jadi aku teringin nak singgah. Cafe yang agak nice, tenang je. 

Manggo smoothies




PALIO KHAO YAI

Last stop untuk hari ini. Suasana tempat ini macam di Primo Piazza. Bangunan dengan Italian architecture. Di sini ada lebih banyak kedai yang beroperasi. Sempatlah beli sourvenir sikit untuk family. 











Oleh kerana hari sudah beransur gelap, kami pun bertolak pulang ke hotel kami. Sepanjang perjalanan kami meronda-ronda tu, kami sempat singgah ke kedai 7E untuk membeli air mineral. Kebetulan di hadapan kedai 7E ada gerai halal yang menjual ayam goreng. Jadi kami pun singgah untuk membeli. Kami juga ada berhenti membeli buah-buahan yang ada di jual di tepi jalan. Kami jumpa satu pondok menunggu bas yang tiada orang lalu kami singgah berehat sambil makan ayam goreng dan buah-buahan di situ. Baki makanan yang tak habis di makan kami bawa pulang ke hotel. 

Pada malamnya kami keluar ke pasar malam yang berada berhampiran hotel kami. Kami cuma berjalan kaki sahaja untuk ke sana. Dalam pasar malam tu, kami cuma jumpa satu gerai makanan halal. Gerai tu menjual desert seperti roti pisang. Jadi kami pun membeli makanan di gerai tersebut. Untuk makan malam kami, kami makan roti dan sardin yang kami beli sebelum ini dan juga roti pisang sebagai desert. 

Esok kami akan bertolak pulang ke Bangkok.

*catatan hari ke-4 akan disambung nanti..*











TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...