Saturday 14 April 2018

Trip Kashmir : 28 Mac 2018



Hari ini adalah hari jadi aku yang ke-30 dan ulangtahun perkahwinan aku yang ke-5. Nampaknya tahun ini aku sambut di sini sahaja. Takde sambutan apa-apa pun. Cukup dapat berjalan-jalan ke Kashmir ni je.

Mulakan hari dengan breakfast yang sedap dan enak. Makanan kat Kashmir ni kena ngan selera aku. Mr Hubby yang cerewet tu pun boleh telan makanan kat sini
Masa breakfast kami jumpa balik dengan En.Issey. Dia baru sampai dari New Delhi. Jadi hari ini kami ada guide lah.



 Hotel kami semasa di Kashmir. Kami bermalam di sini selama 3 malam. Pagi-pagi akan ada penjual bermotosikal dan basikal menunggu depan hotel untuk berniaga. Sempat jugak aku shopping glove dan beg dengan diorang.

Selepas breakfast,kami bertolak ke Sonamarg. Perjalanan ke Sonamarg mengambil masa yang agak lama. Dalam 2 jam jugak.Kami berhenti rehat di restoren untuk minum teh dan makan.




Selepas berehat,kami meneruskan perjalanan ke Sonamarg. Keadaan jalan macam ular kena palu. Ala-ala jalan nak ke Cameron Highland tapi lebih berbukit dan bersimpang-siur tetapi pemandangan sepanjang perjalanan amat menarik dan mengasyikkan.




Setelah tiba di tempat yang ingin dituju, belum sempat turun dari van dah ada orang serbu menawarkan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada khidmat sledge dan motor ski. Yang nak sewa kasut but pun boleh. Khidmat tuk orang tarik sledge adalah 600 rupees. Untuk motor ski dalam 1200 rupees. Kena bargain,kalau tak mahal jugak harganya. Aku dan yang lain memilih untuk naik sledge je. Ada seorang yang akan tarik kita naik ke atas bukit bersalji tu. Pada mulanya aku ingat 2 orang yang akan membantu tapi rupanya tukang tolak tu harga lain. Siapa yang nak tukang tolak tu bayarlah lebih. Kat sini pun ada orang yang tawar khidmat ambik gambar and print terus gambar kita. Harganya 100 rupees sekeping. Tapi yang tak syoknya,tukang tarik tu asyik berhenti. Mana maunya,badan orang yang ditarik tu dahlah 'slim', kaki plak asyik terbenam masuk dalam salji. Last-last,aku turun dari sledge dan terus jalan kaki daki bukit salji tu. Aku tinggal je orang yang tarik aku tu. Mr Hubby yang teman aku jalan kaki naik ke atas.  Sampai ke atas,kami berhenti rehat. Atas tu ada pondok rehat. 






Setelah puas berehat,tukang tarik tu panggil kami semua naik ke atas sledge masing-masing tuk teruskan perjalanan. Aku dah tak larat nak naik sledge tu,aku takut kat tengah jalan nanti aku kena jalan kaki untuk ke atas. Dahlah setiap kali kaki terbenam dalam salji,susah nak keluarkan kaki tu. Terbenam bukan sikit,ada sampai lutut pun ada. Habis basah seluar dan kasut. Lastly aku cakap kat Mr Hubby yang aku nak stay kat kawasan pondok ni je. Biarlah yang lain naik. Betul jangkaan aku,tukang tarik tu tarik separuh jalan je. Aku tengok masing-masing berduyun-duyun jalan kaki panjat bukit tu. Aku dan Mr Hubby duk main salji je. Maklumlah first time jumpa salji. Jakunlah katakan. Hahaha.. Tengah-tengah duk main tu, ada sorang mamat ni datang tanya nak minum teh tak. Alang-alang tunggu yang lain turun balik,aku and Mr Hubby pun setuju untuk minum kat gerai dia. Bukan gerai besar pun,kecik je. Cuma ada tempat tuk masak je. Tapi kerusi meja tuk keselesaan pelanggan tu ada. Kira ok lah tu. Mr Hubby minta mamat tu masakkan maggi tom yam yang kami bawak dari Malaysia. Makan maggi panas-panas kat tempat sejuk memang syok. Sedap dia tu lain macam..





Setelah lama menunggu, aku dan Mr Hubby memutuskan untuk turun dahulu. Yang lain masih tak nampak bayang. Mungkin masih asyik bermain di atas sana. Kami memanggil tukang tarik sledge kami yang setia menunggu kami di pondok rehat. Kami memberitahu diorang yang kami teringin nak turun ke bawah tapi Mr Hubby nak try handle sledge sendiri.  Sebab bila nak turun tak perlu nak tarik dah, dua-dua orang akan turun dengan naik sledge tu. So,kami trylah naik sledge tu berdua. Tapi tukang tarik tadi ikut kami lah dari belakang. Nak jaga safety customer lah katakan. Sampai tengah jalan, mungkin sebab laju sangat habis tergolek kami jatuh. Lepas tu,aku sambung turun dengan tukang tarik tadi. Dah selamat sampai bawah ,kami bayar duit bayaran tuk sledge dan sedikit tips untuk tukang tarik tu. Walaupun dalam hati, aku rasa tak berbaloi pun bayar 600 rupees untuk sledge tapi last sekali kau kena guna kaki kau sendiri jugak. Well tapi nama pun pengalaman kan. Kita mana tau apa yang nak berlaku,kalau kita tak try kan. Lepas tu barulah nampak yang lain-lain turun. Semua dah nampak penat.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah ke restoran yang kami pergi pagi tadi untuk makan dan tumpang solat. Restoran tu rupanya sekali dengan hotel. Kami ambik kesempatan untuk jemur kasut dan stocking kat atas pagar tepi hotel. Semua dah basah masa main salji. Masing-masing masuk ke dalam restoren berkaki ayam je. Mujur kami je pelanggan time tu. Kami solat kat salah satu bilik hotel tu. Baik betul owner tempat tu sebab bagi kami tumpang bilik diorang. 

Makanan tengahari kami.

Selepas makan dan solat, kami teruskan perjalanan. Sebelum sampai hotel, kami singgah di ladang canola yang banyak terdapat di tepi jalan. Ambik gambar sekeping dua, lepas tu sambung lagi perjalanan. 



Dah sampai hotel, kami mandi dan turun untuk makan malam. Selepas makan, kami tidur. Aktiviti malam kat sini takde. Kedai semua tutup awal. Jadi, waktu malam memang untuk berehat. Esok kami akan ke Gulmarg pula.

Wednesday 4 April 2018

Trip Kashmir : 27 Mac 2018



Dalam pukul 2.45 pagi kami bertolak ke airport. Dah sampai sana baru tahu yang group kami terbahagi kepada 2 flight. Satu group naik flight pukul 5 lebih dan group lagi satu naik flight pukul 6 lebih. Flight aku yang pukul 6 lebih. Setelah settle semua urusan di kaunter check in luggage, kami masuk ke domestic departure. En.Issey tak ikut kami jadi kami buatlah semua sendiri. Dia akan jumpa kami di Kashmir keesokkan harinya. Mujur ada prayer room kat airport jadi sempat solat Subuh di situ.


Kami menaiki penerbangan Air India. 9 orang termasuk aku naik penerbangan ni dan yang selebihnya naik penerbangan lain. Diorang bertolak awal sejam dari kami.

In-flight meal. Walaupun vege-meal tetap sedap.


Penerbangan ke Srinagar mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam. Selepas mendarat, kami terpaksa berjalan ke bangunan airport untuk tuntutan luggage. Kami cuma dibenarkan membawa hand carry yang kecil sahaja, jadi barang-barang lain semua masuk dalam luggage. Barang-barang elektronik seperti power bank dan kamera kena bawa naik dalam kabin. Selepas ambik luggage, kami kena isi borang arrival form untuk foreigner. Contoh form boleh tengok kat sini http://jktourism.org/kashmir/item/509-registration-form-for-foreign-nationals.html

Selesai isi form, serahkan form tu dekat kaunter. Selepas security check, kami keluar dari arrival hall dan berjumpa dengan driver kami, Mr Zahoor. Group member kami yang sampai lebih awal juga ada bersama beliau. Kesian diorang kena tunggu lama. Group kami naik 2 buah van. Kami gelarkan geng van kami, geng van veteran dan geng van muda mudi. Dari Srinagar kami bertolak ke Pahalgam.

Canola flower yang banyak ditanam di Kashmir. Sepanjang perjalanan akan nampak bunga kuning ni.


Peniaga buah di tepi jalan di Srinagar




Pemandangan cantik sepanjang perjalanan

Mr Zahoor bertanya samaada kami mahu berhenti minum teh. Jadi kami sepakat bersetuju untuk berhenti rehat. Kami berhenti rehat di restoran pilihan Mr. Zahoor iaitu Green Valley Restaurant. Di tepi restoran ni, ada kebun epal. Oleh kerana sekarang baru awal musim bunga jadi baru putik daun yang keluar.

Aku dah lupa nama makanan ni tapi sedap

Samosa


Restoran tempat kami berhenti rehat

Selepas makan, kami menyambung perjalanan ke Pahalgam. Sampai di Pahalgam,kami memilih aktiviti menunggang kuda. Actually ini adalah kali pertama aku menunggang kuda. Rasa agak takut jugak.

My mr.hubby..

Inilah kuda yang bawa aku jalan-jalan tu. Baru umur 6 tahun. Muda lagi. Kesian jugak kat kuda tu sebenarnya. Yelah,aku ni bukan slim mana pun. Hahahaha..



1st checkpoint - kami stop tepi jalan untuk ambil gambar dengan view gunung kat belakang tu. Masa ni belum start mendaki lagi. Still jalan atas jalan tar.




2nd checkpoint - Dah mulakan pendakian. Masa kat sini ada sepasang suami isteri menunggu dengan arnab. Kalau nak ambil gambar dengan arnab tu,bayarlah kat diorang. Itu cara diorang cari makan.



3rd checkpoint - Waterfall. Kami berhenti rehat di sini. Ada kedai kecil jual minuman dan makanan. Aku minum saffron tea je. Ada penduduk kampung yang jual shawl dan pashmina kat sini. Aku tak beli pun. 


4th checkpoint - Dekat sini kami berhenti kejap untuk ambil gambar. View dia memang cantik tapi untuk sampai ke sini kena mendaki laluan yang agak mencabar jugak. Kat sini ada sediakan khidmat sewa baju tradisional Kashmir dan ada photographer yang tawarkan diri nak ambik gambar dan print gambar terus. Siapa berminat boleh lah cuba. Kami cukup dengan kamera handset je



5th checkpoint - Lepas mendaki lagi,kami sampai kat sini. Kata orang yang jaga kuda kami tu,sini tempat orang memburu. Ada pondok untuk pemburu kat situ. View memang tak mengecewakan. Memang cantik. Nampak gunung bersalji kat belakang.






Last checkpoint - Mini Swiss. Padang hijau yang terbentang luas. Nak masuk sini kena bayar fee 20 rupees sorang. Kuda parking kat luar pagar. Kami berjalan-jalan dalam tempat ni. Macam biasa,penjual ada di mana-mana. Ada yang jual shawl,pashmina,makanan macam kekacang dan horseshoe pun diorang jual. Aku cuma beli shawl 2 helai lepas bargain harga. Kat tepi padang tu ada salji. Tak banyak pun tapi merasalah tengok salji untuk 1st time.



Perjalanan turun ke tempat permulaan bagi aku amat menakutkan. Jalannya amat curam sampai aku asyik terpikir kalau jatuh matilah aku. Mujur ada guide yang tolong jaga kuda tu. Walaupun kadang-kadang dia biar jugak aku handle sendiri kuda tu. Guide tu asyik remind aku untuk lean forward kalau nak mendaki dan lean back kalau nak turun bukit. Alhamdulillah,selepas berhempas pulas akhirnya selamat tiba di tempat permulaan. Aku antara yang awal tiba. Orang lain still jauh kat belakang. Setelah semua tiba,kami settle kan bayaran. Jangan lupa bagi tip dekat guide. Kat sini,semua benda kena bagi tip. Aku tumpang toilet kat hotel depan kawasan kuda tu. OMG,air sejuk giler. Macam ais.





Mr. Zahoor stop kat sini untuk kami ambik gambar tapi masing-masing dah penat. Turun sekejap dalam 5 minit, lepas tu terus naik. Penangan kuda punya pasal. Kaki semua dah sakit. Baju dan seluar ada yang kotor terpalit lumpur.

Dalam van semua orang dah senyap sebab letih yang amat. Mr Zahoor ada tawar nak berhenti dekat tempat bunga Canola banyak-banyak tu tapi sebab dah letih,semua nak cepat sampai hotel.

Dalam pukul 8 malam jugak kami sampai hotel. Lepas check in, kami bersihkan diri dan turun makan. Lepas makan,terus tidur. Esok nak ke Sonamarg pula.








TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...