Saturday 14 April 2018

Trip Kashmir : 28 Mac 2018



Hari ini adalah hari jadi aku yang ke-30 dan ulangtahun perkahwinan aku yang ke-5. Nampaknya tahun ini aku sambut di sini sahaja. Takde sambutan apa-apa pun. Cukup dapat berjalan-jalan ke Kashmir ni je.

Mulakan hari dengan breakfast yang sedap dan enak. Makanan kat Kashmir ni kena ngan selera aku. Mr Hubby yang cerewet tu pun boleh telan makanan kat sini
Masa breakfast kami jumpa balik dengan En.Issey. Dia baru sampai dari New Delhi. Jadi hari ini kami ada guide lah.



 Hotel kami semasa di Kashmir. Kami bermalam di sini selama 3 malam. Pagi-pagi akan ada penjual bermotosikal dan basikal menunggu depan hotel untuk berniaga. Sempat jugak aku shopping glove dan beg dengan diorang.

Selepas breakfast,kami bertolak ke Sonamarg. Perjalanan ke Sonamarg mengambil masa yang agak lama. Dalam 2 jam jugak.Kami berhenti rehat di restoren untuk minum teh dan makan.




Selepas berehat,kami meneruskan perjalanan ke Sonamarg. Keadaan jalan macam ular kena palu. Ala-ala jalan nak ke Cameron Highland tapi lebih berbukit dan bersimpang-siur tetapi pemandangan sepanjang perjalanan amat menarik dan mengasyikkan.




Setelah tiba di tempat yang ingin dituju, belum sempat turun dari van dah ada orang serbu menawarkan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada khidmat sledge dan motor ski. Yang nak sewa kasut but pun boleh. Khidmat tuk orang tarik sledge adalah 600 rupees. Untuk motor ski dalam 1200 rupees. Kena bargain,kalau tak mahal jugak harganya. Aku dan yang lain memilih untuk naik sledge je. Ada seorang yang akan tarik kita naik ke atas bukit bersalji tu. Pada mulanya aku ingat 2 orang yang akan membantu tapi rupanya tukang tolak tu harga lain. Siapa yang nak tukang tolak tu bayarlah lebih. Kat sini pun ada orang yang tawar khidmat ambik gambar and print terus gambar kita. Harganya 100 rupees sekeping. Tapi yang tak syoknya,tukang tarik tu asyik berhenti. Mana maunya,badan orang yang ditarik tu dahlah 'slim', kaki plak asyik terbenam masuk dalam salji. Last-last,aku turun dari sledge dan terus jalan kaki daki bukit salji tu. Aku tinggal je orang yang tarik aku tu. Mr Hubby yang teman aku jalan kaki naik ke atas.  Sampai ke atas,kami berhenti rehat. Atas tu ada pondok rehat. 






Setelah puas berehat,tukang tarik tu panggil kami semua naik ke atas sledge masing-masing tuk teruskan perjalanan. Aku dah tak larat nak naik sledge tu,aku takut kat tengah jalan nanti aku kena jalan kaki untuk ke atas. Dahlah setiap kali kaki terbenam dalam salji,susah nak keluarkan kaki tu. Terbenam bukan sikit,ada sampai lutut pun ada. Habis basah seluar dan kasut. Lastly aku cakap kat Mr Hubby yang aku nak stay kat kawasan pondok ni je. Biarlah yang lain naik. Betul jangkaan aku,tukang tarik tu tarik separuh jalan je. Aku tengok masing-masing berduyun-duyun jalan kaki panjat bukit tu. Aku dan Mr Hubby duk main salji je. Maklumlah first time jumpa salji. Jakunlah katakan. Hahaha.. Tengah-tengah duk main tu, ada sorang mamat ni datang tanya nak minum teh tak. Alang-alang tunggu yang lain turun balik,aku and Mr Hubby pun setuju untuk minum kat gerai dia. Bukan gerai besar pun,kecik je. Cuma ada tempat tuk masak je. Tapi kerusi meja tuk keselesaan pelanggan tu ada. Kira ok lah tu. Mr Hubby minta mamat tu masakkan maggi tom yam yang kami bawak dari Malaysia. Makan maggi panas-panas kat tempat sejuk memang syok. Sedap dia tu lain macam..





Setelah lama menunggu, aku dan Mr Hubby memutuskan untuk turun dahulu. Yang lain masih tak nampak bayang. Mungkin masih asyik bermain di atas sana. Kami memanggil tukang tarik sledge kami yang setia menunggu kami di pondok rehat. Kami memberitahu diorang yang kami teringin nak turun ke bawah tapi Mr Hubby nak try handle sledge sendiri.  Sebab bila nak turun tak perlu nak tarik dah, dua-dua orang akan turun dengan naik sledge tu. So,kami trylah naik sledge tu berdua. Tapi tukang tarik tadi ikut kami lah dari belakang. Nak jaga safety customer lah katakan. Sampai tengah jalan, mungkin sebab laju sangat habis tergolek kami jatuh. Lepas tu,aku sambung turun dengan tukang tarik tadi. Dah selamat sampai bawah ,kami bayar duit bayaran tuk sledge dan sedikit tips untuk tukang tarik tu. Walaupun dalam hati, aku rasa tak berbaloi pun bayar 600 rupees untuk sledge tapi last sekali kau kena guna kaki kau sendiri jugak. Well tapi nama pun pengalaman kan. Kita mana tau apa yang nak berlaku,kalau kita tak try kan. Lepas tu barulah nampak yang lain-lain turun. Semua dah nampak penat.

Dalam perjalanan balik ke hotel, kami singgah ke restoran yang kami pergi pagi tadi untuk makan dan tumpang solat. Restoran tu rupanya sekali dengan hotel. Kami ambik kesempatan untuk jemur kasut dan stocking kat atas pagar tepi hotel. Semua dah basah masa main salji. Masing-masing masuk ke dalam restoren berkaki ayam je. Mujur kami je pelanggan time tu. Kami solat kat salah satu bilik hotel tu. Baik betul owner tempat tu sebab bagi kami tumpang bilik diorang. 

Makanan tengahari kami.

Selepas makan dan solat, kami teruskan perjalanan. Sebelum sampai hotel, kami singgah di ladang canola yang banyak terdapat di tepi jalan. Ambik gambar sekeping dua, lepas tu sambung lagi perjalanan. 



Dah sampai hotel, kami mandi dan turun untuk makan malam. Selepas makan, kami tidur. Aktiviti malam kat sini takde. Kedai semua tutup awal. Jadi, waktu malam memang untuk berehat. Esok kami akan ke Gulmarg pula.

No comments:

Post a Comment

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...