Friday 23 November 2018

Trip Cameron Highlands (2 Days 1 Night)







































Actually trip ni adalah trip secara spontan, tiada perancangan lebih awal yang dilakukan. Kebetulan aku mempunyai cuti selama 2 hari selepas bekerja shif malam. Jadi aku berhajat untuk keluar berjalan-jalan kerana rasanya sudah lama aku tidak keluar menghirup udara segar. Rutin harian aku adalah pergi bekerja, balik kerja dan duduk terperap di dalam rumah sahaja. Aku juga ada bertanya kepada beberapa orang rakanku jika mereka mahu turut serta. Akhirnya hanya Aini dan Zura sahaja yang ikut. Tak dilupakan my Mr. Hubby, yang ni tak boleh nak tinggal. Hehehehe..

DAY 1 (8TH JULY 2018)

Untuk trip kali ini, kami cuma menaiki sebuah kereta sahaja. Mr. Hubby yang jadi driver. Selepas mengambil Zura dan Aini dari rumah mereka, kami memulakan perjalanan. Kami akan singgah ke Raub dahulu kerana Athirah juga mahu turut serta dan dia menunggu kami di kediamannya di Raub.



Kami makan tengahari di rumah Athirah. Kenyang betul kami makan masakan hasil air tangan Athirah dan ibunya. Memang sedap dan terbaik.


Dah habis makan tengahari, kami dijamukan dengan durian pula. Tak cukup sebiji, berbiji-biji yang dikopek. Hantu durian yang menghabiskan durian tu semua tak lain tak bukan Mr Hubby and Zura. Aku dan Aini agak kurang menggemari durian jadi kami cuma mencuba seulas dua sahaja.

 Yang bertudung biru tulah tuan rumah kami. Terima kasih Athirah for the best ever hospitality. Ada masa kami datang lagi.

Lepas perut pun dah kenyang, hati pun senang,kami meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar kami iaitu Cameron Highlands. Athirah pergi bersama suami dan sepupu ciliknya. Mereka yang menjadi pemandu arah kami sebab kami tidak pernah ke Cameron Highlands melalui Raub. Selalu kami ikut laluan Tapah ataupun Simpang Pulai sahaja.

CAMERON VALLEY

Destinasi pertama kami ialah Cameron Valley. Cameron Valley atau ladang teh Bharat terletak di jalan utama untuk naik ke Tanah Rata dari Ringlet. Ia mempunyai pemandangan yang cantik. Terdapat café dan kedai cenderamata di situ. Boleh beli apa yang patut kalau berminat. Kalau nak bergambar kat ladang teh, kena beli tiket masuk. Tiket kami telah disponsor oleh Athirah. Once again thank you so much, Athirah. 









KASIMANIS STRAWBERRY FARM

Oleh kerana kami tiba agak lewat, hari sudah petang jadi kami main singgah je ladang strawberry yang kami nampak. Kami cuma sempat beli makanan dan posing sikit-sikit untuk ambik gambar kenangan sebab tempat ni dah nak tutup. So, jadilah kami last customer kat situ. Melantaklah kami kat situ sambil pekerja sibuk duk kemas-kemas barang. 





                                                                                                                                                                          

THE ROYAL CHATEAU

Kat hadapan Kasimanis tu ada sebuah hotel yang cantik viewnya. Senibina bina hotel tu macam ala-ala Europe gitu. Kami apa lagi, ambil kesempatanlah bergambar kat situ.







Dah puas bergambar, kami berpisah dengan Athirah di sini. Dia akan kembali ke Raub dan kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami. 

Untuk penginapan kami pada malam ni, kami menyewa sebuah apartment. Actually, aku search mengenai hotel dan homestay di laman web Booking.com. Hajatnya mahu buat tempahan dari sana tapi entah bagaimana aku gagal untuk proceed tempahan tu. Mungkin ada masalah dengan line phone. Kebetulan owner ada tinggalkan contact number jadi kami contact saja owner directly.



Nama penginapan kami adalah Jalilah Homestay, tapi bila cari balik nama homestay tu dalam booking.com dah tak jumpa. Mungkin dah tukar nama kot. Harga untuk satu malam adalah RM 200. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air dan dapur. TV pun ada. Untuk makan malam, kami cuma panaskan lauk-pauk yang Athirah bekalkan. 



DAY 2 (9TH JULY 2018)


Selepas sarapan, kami meneruskan perjalanan kami. Cuaca agak bagus, redup dan tenang sahaja. 

Pablo Software Solutions
Agro Technology Park in MARDI
Pablo Software Solutions



                                                                   



AGRO TECHNOLOGY PARK , MARDI

Tiket masuk adalah RM 5 seorang. Tempatnya luas jadi banyak spot yang menarik untuk bergambar. Tu pun kami tak round semua tempat. Malas nak berjalan. 














ABANG STRAWBERRY

Abang Strawberry adalah destinasi kedua kami. Ianya terletak di Taman Sedia. Ada restaurant  dan juga ladang strawberry untuk kita petik buahnya. Nama restaurant adalah 200 Seeds Café dan menu popularnya adalah Nasi Lemak Ayam Berempah yang menggunakan sambal strawberry. 






Overall, makanannya sedap dan harganya agak berpatutan tapi kebanyakkan makanan dalam buku menu tu tiada. Mungkin sold out barangkali.


KEA FARM

Kami singgah di sini untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik ke KL. Aku rasa bukan sedikit sebenarnya sebab hampir penuh jugak tempat duduk dan bonet dengan barang-barang yang kami beli. Kami beli sayur-sayuran, jagung, keledek dan juga madu yang dikirim oleh kawan-kawan kami. Aku sempat beli satu pasu pokok bunga. Cantik bunganya tapi sayang pokok bunga tu dah mati sekarang (aku dan Mr Hubby balik kampung selama 6 hari dan bila balik semula ke KL, pokok tu dah selamat jadi mumia. Dah kering-kontang.) Hujan dah mula turun bila kami tengah sibuk shopping. Mujur cuma rintik-rintik halus sahaja. Kalau lebat, agak terganggu sikit mood nak shopping tu. Kereta pun kami parking kat tepi jalan je sebab tiada parking kosong.

CAMERON LAVENDER 



Destinasi terakhir kami sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur. Tiket masuk adalah RM 10. Aku rasa last time aku pergi harga tiketnya cuma RM 8 sahaja. Nampaknya setiap tahun harga tiketnya naik. Mungkin penangan GST kot. Sekarang dah pakai SST, kita tengoklah nanti harga tiketnya akan naik lagi ke tidak. 














First time aku try ice cream Lavender, rasanya macam makan ubat. Teringat aku masa makan aiskrim Sakura di Osaka dulu, rasanya macam makan syrup PCM. Sungguh tak kena dengan selera tekak aku. 

Okeylah ,akhirnya tamat sudah coretan perjalanan 2 hari 1 malam kami di Cameron Highlands. Untuk sesiapa yang nak pergi ke tempat sejuk tapi belum cukup mampu untuk ke luar negara boleh cuba pergi ke Cameron Highlands. Elakkan pergi time cuti sekolah, memang confirm akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. 

Jumpa lagi di next destinasi. 

“The whole object of travel is not to set foot on foreign land; it is at last to set foot on one’s own country as a foreign land.” – G. K. Chesterton

XOXO..


















No comments:

Post a Comment

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...