Wednesday 3 March 2021

TRIP BANGKOK 2019 (PART 1)

 Oleh kerana tahun 2020, aku takde pergi mana-mana trip oversea due to COVID-19. So, kali ni aku cuma nak throwback trip aku and hubby ke Bangkok pada April 2019. Dah lama dah trip ni cuma aku tiada masa nak menulis. Harap-harap aku masih boleh ingat details trip ni. Mujur aku ada buat sedikit catatan dalam buku nota. Selalu bila aku plan mana-mana trip aku akan catat plan aku tu dalam buku nota. Macam biasa trip kali ni pun fully plan by me. My husband as usual jadi tukang follow je.

Day 1 (19 April 2019)

Hari ni aku kerja shif pagi. Habis je kerja aku terus balik rumah dan siap apa yang patut. Lepas tu terus gerak ke KLIA. Flight kami pukul 6.35 petang. Kami naik flight AirAsia. Kami tiba di Don Mueang International Airport dalam pukul 7.50 malam. Ni ikut jam Bangkoklah. Lepas uruskan segala urusan dengan imigresen dan kastam, kami keluar untuk membeli simcard. Banyak je booth yang jual simcard dalam airport tu jadi pandai-pandailah pilih. Selesai beli simcard, aku terus booking grab. Kat sana pun ada perkhidmatan grab, so agak senang untuk kita bergerak. Tambang bagi aku agak affordable. Aku booking grab untuk ke tempat penginapan kami untuk malam ni. Aku memilih untuk menginap dia BnR Resorts yang terletak agak tidak jauh dari kawasan airport. 

Ketibaan kami disambut oleh pemilik tempat penginapan. Seorang wanita pertengahan usia yang amat peramah. Beliau juga sangat fasih dalam berbahasa inggeris. Selesai urusan pendaftaran masuk, kami ditunjukkan bilik penginapan kami. Bilik kami takdelah luas sangat tapi cukuplah untuk kami berdua berehat. Kami cuma menginap satu malam sahaja di sini kerana keesokkan harinya, kami bercadang untuk ke Pak Chong. Oleh kerana kami dah makan dalam flight, jadi kami terus je tidur lepas mandi.


BnR Resorts



Bilik yang agak selesa bagi kami. Sesuai dengan bajet. 


Day 2 (20 April 2019)

Selepas bersiap dan bersarapan ala kadar, kami pun check out dari BnR Resorts. Semasa check out aku  sempat bertanya kepada pemilik penginapan cara untuk ke Pak Chong. Aku ada buat research sikit melalui blog-blog tetapi kebanyakan orang menyewa kereta dan memandu sendiri ke sana. Aku kalau boleh tak naklah menyewa kereta, sebab kebanyakkannya perlu membuat bayaran deposit terlebih dahulu. Mengikut kata owner tu, aku boleh ke Mochit New Van Terminal kerana di sana ada perkhidmatan minivan untuk ke Pak Chong. Di Pak Chong nanti aku bolehlah menyewa motosikal untuk kemana-mana tempat yang aku ingin pergi.

Aku telah booking grab untuk ke Mochit Mini Van Terminal. Sampai di sana, aku terus membeli tiket minivan untuk ke Pak Chong. Harga tiket dalam 200 Baht seorang. Selepas menunggu dalam 10 minit, kami telah dipanggil oleh pemandu minivan untuk menaiki minivan kerana dia sudah mahu memulakan perjalanan. Perjalanan untuk ke Pak Chong mengambil masa kira-kira dalam 3 jam.

Kaunter tiket ada di dalam bangunan ini


Aku hanya mengikut arahan dari banner ini untuk membeli tiket


Di pertengahan perjalanan, pemandu minivan tiba-tiba menghentikan minivan di hadapan sebuah kedai dan menyuruh kami turun dan berteduh di bawah kedai tersebut. Oleh kerana aku tak faham apa yang diberitahu oleh pemandu minivan tersebut, jadi aku cuma mengikut sahaja pergerakan penumpang yang lain. Aku cuba juga bertanya kepada penumpang yang lain apa yang berlaku, mereka cuma memberi reaksi dengan mengangkat bahu mereka sahaja. Aku pun tak pasti samaada mereka memang tak tahu apa yang berlaku atau sebenarnya mereka tak paham apa yang aku cakapkan. Dalam sejam jugalah kami stranded kat situ. Rupa-rupanya minivan mengalami masalah dan terpaksa dibaiki. Jadi terpaksa menunggu minivan gantian. Selepas minivan yang baru tiba, kami meneruskan perjalanan ke Pak Chong. 

Sampai di Pak Chong, kami berhenti di Pak Chong Bus Station. Pada mulanya aku agak confuse apabila pemandu minivan kata dah sampai Pak Chong Bus Station sebab takde sign boards pun yang mengatakan wujudnya bus station kat situ. Ianya merupakan hentian tepi jalan yang cuma diketahui oleh orang tempatan. Turun dari minivan, aku and hubby terus guna google maps untuk cari kedai sewa motor yang terdekat. Lepas survey, kami decide untuk sewa motor di Taweeyon Rental. Harga sewa 600 Bath untuk 2 hari dan helmet diberi percuma. Minyak motor diisi penuh dan kita harus memulangkan dengan isian penuh juga. Dah dapat motor, kami terus bertolak ke penginapan Sawan Srang Nang Kaew di Pak Thong Chai. 

Di sepanjang perjalanan, aku begitu asyik dengan pemandangan dan suasana desa kawasan tersebut. Walaupun aku orang kampung tapi kampung aku hanya nama je kampung tapi suasana dah tak macam kampung. Jadi bila sesekali naik motor mengelilingi kawasan kampung membuatkan aku teruja. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan rama-rama yang bebas berterbangan dengan banyaknya membuatkan aku rasa tenang. 

Jalan masuk ke Sawan Srang Nang Kaew

Bilik kami di Sawan Srang Nang Kaew

Bilik kami merupakan sebuah cottage yang lengkap dengan kemudahan tv dan peti ais.

Sebenarnya kami agak terkejut selepas melihat bilik kerana biliknya agak luas dah selesa. Harga yang kami bayar untuk satu malam cuma 650 baht sahaja. Kalau convert ke RM dalam 80 ringgit lebih saja. Ini termasuk dengan free breaksfast sekali. Amat berbaloi sekali untuk traveller bajet macam kami. Tapi tempat ni agak jauh dari tourist attraction yang lain. Tempat tarikan yang paling dekat dengan penginapan ini adalah Jim Thompson Farm. Tapi kebetulan masa kami pergi tu, Jim Thompson Farm ditutup untuk renovation. 

Kami hanya berehat petang tu, pada waktu malam kami decide nak pergi cari makanan di 7eleven. Ada 7eleven yang berhampiran dengan kawasan penginapan tetapi agak mengambil masa yang lama untuk ke sana kerana kami hanya berpandukan waze/ google maps sahaja. Lagipun kedudukan tempat penginapan agak jauh dari jalan besar. Aku mengaku yang aku agak tersilap dalam membuat pengiraan jarak bagi penginapan kali ini. So aku akan jadikan ini sebagai panduan untuk trip yang mendatang.

7Eleven

Hasil tuaian di 7E. Yang paling aku suka susu berperisa tu. 


Dah sampai bilik, aku makan malam dengan roti dan sardin yang dibeli dari 7E. Hubby aku makan maggi yang memang kami bawa dari rumah. Kira agak kenyang jugalah. Nak cari kedai makan halal memang susah. Jadi kami bersyukur dengan apa yang ada.

Esoknya kami planning untuk ke Pak Chong dan start pusing-pusing di area Pak Chong. 


*untuk entry day 3 and seterusnya akan aku sambung kemudian..*







No comments:

Post a Comment

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...