Wednesday 28 March 2018

Trip Kashmir : 26 Mac 2018



Oleh kerana flight masih lambat lagi, kami memutuskan untuk cari satu tempat untuk berehat. Kami memilih satu tiang di luar Arrival Hall sebagai port kami. Ada yang memilih untuk tidur dan cari makanan. En. Issey tinggalkan kami di situ dan kami disuruh berkumpul pada pukul 3 pagi.

Aku dan Mr.hubby pergi cari makanan sebab dah lapar. Last meal pun dalam flight tadi. Ada restoran KFC yang halal di situ. Kami putuskan untuk makan KFC saja. Nak masuk makan pun kena body scan bagai. Ketat gila security mereka.



Kami pilih set Zinger box. Dalam tu ada burger, 2 ketul ayam saiz kecil, cookies dan satu benda lagi aku tak dapat nak identified apa bendanya. Rupanya macam daging burger yang digoreng tapi yang pasti bukan daging. Mungkin potato patty kot.

Dah selesai makan,kami patah balik kat port kami. Dah macam gelandangan dah kami ni. Tidur atas lantai yang sejuk tanpa alas dan orang lalu lalang asyik duk tengok je. Tak sangka merasa jadi gelandangan di tempat orang.

Dah lah kat luar Arrival Hall tu takde toilet. Nak ke tandas kami terpaksa pergi ke stesen Metro di seberang jalan. Cleaner  kat toilet tu dah kenal kami agaknya,yelah asyik duk berulang kali pi toilet.  Cuaca sejuk asyik nak terkencing dibuatnya. 

Dalam pukul 4 pagi En. Issey datang (aku tak tau mana dia tidur malam tadi) dan dia bagitahu tiket penerbangan kami cancel. What??. Alasannya ada masalah dengan payment,jadi tiket kami tuk ke Srinagar takde. Kami dah bermacam-macam rasa ada. Nak marah,geram,tak puas hati and terkejut pun ada. Kami paksa En.Issey cari solution, takkanlah kami nak stranded kat airport je tanpa backing plan. 

Setelah discussion dibuat, En. Issey meminta kami menunggu lagi sampai pukul 8 pagi sebelum kami bergerak untuk check in hotel. Kami stranded di airport hampir 10 jam. Kami naik mini van yang banyak menunggu di depan airport untuk ke hotel.

Setelah sampai di Hotel Roma Deluxe kat Arakashan Road, kami diberitahu hotel penuh jadi kami kena pindah ke hotel lain. Berjalan kaki lah kami ke hotel seterusnya. Mujur tak jauh.

 Hotel yang kami menginap selama satu hari di New Delhi. X tau berapa bintang ni. Bau colok kuat gila. Pening aku.


Nilah rupa bilik hotel kami. Bilik aku je, bilik orang lain aku x tau sebab ada yang kena share berempat satu bilik.

Dah selesai mandi,kami keluar untuk makan tengahari dan jalan-jalan sekitar New Delhi. Kami cuma jalan kaki je untuk ke tempat makan. Ada satu lorong tu penuh dengan kedai-kedai makan. Tunggu pilih je nak makan kat mana




Nasi beriyani ayam




Tempat makan tengahari kami. Kecil je kedainya. Separuh lagi geng kami makan kat kedai sebelah.

Selepas makan kami naik electric auto rickshaw untuk ke Jama Masjid. Pengalaman naik auto rickshaw tu sangat menakutkan tapi rasa teruja tu ada. Dah lah tiada tempat untuk berpegang,driver pulak bawak laju giler. Bunyi hon ada di mana-mana. Jalan pulak penuh sesak. Semua kenderaan bersesak nak masuk dan tak nak mengalah.





Sampai Jama Masjid kami cuma bergambar kat luar je sebab diorang suruh kami bayar 200 rupees kalau nak masuk dalam. Aku tengok orang lain bebas je masuk. Dalam group kami ada 2 orang Indian,diorang boleh masuk dengan free je.


Selepas bergambar,kami jalan-jalan sekitar kawasan Jama Masjid tu. Ada banyak kedai kat situ. Memang sesak dengan manusia. Aku tak beli apa pun cuma cuci mata sahaja.


Anggur murah kat sini cuma 100 rupees 1 kg. Dalam Rm6 je.

Selepas tu kami naik auto ke Chandni Chowk untuk shopping sari. Sempat lah aku rembat 3 helai sari.

Dalam perjalanan balik ke hotel,aku,Anna,Kavitha dan Karthik naik satu auto. Auto yang kami naik terlibat dalam kemalangan. Auto tu terlanggar sebuah kereta. Driver kereta tu keluar dari kereta dan terus tampar driver auto kami. Malahan dia turut rampas kunci auto kami. Kami dah mula takut. Dahlah auto yang kami naik tak boleh gerak sebab takde kunci. Kami bayar 100 rupees dekat driver auto kami dan terus cari auto lain. Kami dah separuh jalan untuk ke hotel. Selepas runding harga kami dapatlah harga 60 rupees untuk sambung perjalanan kami. Tiba-tiba driver stop tepi jalan dan suruh kami turun. Katanya dah sampai. Kami argue lah,kata nak hantar sampai hotel dah ni kenapa drop kami tepi jalan. Driver tu cakap nak u-turn jauh, jadi dia suruh kami lintas jalan dan jalan sendiri ke hotel. Dahlah bayar mahal, lepas tu ikut suka hati je drop kami mana-mana. Kami malas nak gaduh jadi kami bayar dan terus blah je.

Kami lalu satu lorong dan terus jumpa hotel. Mujur jugak jumpa hotel. Dah sampai hotel, En Issey ada kat lobi dan dia cakap dompet Asma kena curi selepas kami beli sari. OMG. Dalam beringat pun terkena juga.

After dinner,aku terus tidur. Esok nak ke fly ke Kashmir. Tamat sudah hari yang penuh dengan drama.



Tuesday 27 March 2018

Trip Kashmir : 25 Mac 2018



Habis je kerja malam,my hubby jemput kat tempat kerja. Balik rumah breakfast and then tidur untuk beberapa jam. Dalam pukul 1 ptg, aku dah terjaga. Siap-siap untuk ke airport and buat last minute check up,takut ada yang tertinggal. Pada pukul 2.45 petang aku booking grab car untuk ke KLIA 2. Total bayaran untuk grab car dari rumah aku ke KLIA 2 adalah RM 75.00,ini termasuk dengan tol sekali. Waktu berkumpul yang ditetapkan oleh agent adalah pada pukul 4 petang. Kami sampai tetap pada masa yang ditetapkan. Selepas jumlah orang dah cukup seramai 15 orang, kami memulakan prosedur check in luggage. Dah selesai semua,kami masuk ke pelepasan antarabangsa dan ready to depart.

                                                                               Tempat kami berkumpul


Beratur untuk check in luggage and check documents

Aku,Asma dan Anna

Aku dan mr.hubby

Get ready to depart

Ahli rombongan cik kiah.. Huhuhu

Kami berlepas dalam pukul 7.05 malam dan dijangka tiba di Indra Gandhi International Airport pada pukul 10 malam waktu tempatan. Dalam 5 jam jugaklah penerbangan kami. Cuaca agak buruk pada malam tu,tapi Alhamdullillah masih selamat untuk berkongsi cerita. Dalam flight,aku duduk bersama dengan Mr. Hubby. Kami memilih Nasi Lemak sebagai in flight menu kami. Bila dah lapar,semua sedap. Perut dah kenyang,mata pun dah layu. Kami habiskan masa dengan tidur je.

Kami sampai di IGIA dalam pukul 10 lebih. Mujur urusan dengan emigration dan kastam India berjalan lancar. Kami sepatutnya berjumpa dengan En. Issey di depan Arrival Hall. Pusing punya pusing,akhirnya jumpa jugak dengan En. Issey. Menurut En.Issey flight untuk ke Srinagar adalah pada keesokkan harinya iaitu pada pukul 6.30 pagi. Jadi kami hendaklah menunggu di airport sehingga esok pagi. Bermulalah drama tanpa skrip kami dari detik itu...

Bersambung...

Sunday 25 March 2018

Trip Kashmir : Pre



Aku dan Asma memilih Kashmir sebagai destinasi percutian kami pada tahun ini selepas percutian kami ke Korea Selatan (2016) dan Jepun (2017). Pada awalnya percutian yang dirancang akan disertai oleh Intan dan Nashidah serta my hubby (yang ni x boleh tinggal). Jadi, total yang akan pergi adalah seramai 5 orang. Nashidah pernah ikut kami ke Korea Selatan dan Intan pula ke Jepun. Walaubagaimanapun, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Intan terpaksa menarik diri dari menyertai percutian kali ini kerana mendapat tawaran bekerja di Arab Saudi. Tempat Intan digantikan oleh roommate-nya iaitu Anna. Pada saat akhir, Nashidah pula terpaksa menarik diri kerana akan berkahwin. Akhirnya, tinggal kami berempat sahaja yang meneruskan rancangan percutian ini.

Kami memilih untuk mengambil pakej sahaja kerana belum pernah ada pengalaman pergi ke luar negara secara sendiri. Bagi percutian yang sebelum ini pun kami mengambil pakej juga. Setelah mencari-cari pakej yang sesuai kami bersepakat untuk memilih pakej dari fb: Kembara Muslim Korea & Japan. Pakej yang ditawarkan agak berpatutan dan menarik. Malahan kami diberi kelongggaran untuk menjelaskan bayaran secara ansuran setiap bulan. Semuanya berjalan lancar pada mulanya, sehinggalah pada bulan Oktober tiba-tiba aku terbaca komen-komen negatif tentang big boss company tersebut. Rasa cuak juga bila memikirkan nasib kami yang mungkin ditipu oleh company tersebut. Zaman sekarang kan banyak terdapat penipuan dari travel agensi . Kami mula merasa lega selepas mendapat tiket penerbangan. Sebelum dapat tiket penerbangan tu, rasa sangsi dan risau tetap ada dalam diri. 

Visa

Untuk ke India, rakyat Malaysia hendaklah mempunyai visa yang sah. Aku apply visa di  IVS Global India Visa Centre  yang berada di bangunan Wisma Traits Trading yang berhampiran dengan Dataran Merdeka, Jalan Leboh Pasar Besar. Sebelum tu kena isi borang dulu secara online di website indianvisaonline.gov.in/visa/.
Sediakan dokumen berikut untuk diserahkan kepada pihak IVS Global India Visa Centre :
1- Passport
2- Borang Visa Application
3- Tiket Flight
4- Gambar Pemohon 2×2 inci background putih 2pcs
5- Salinan Kad Pengenalan
6- Salinan Passport


Nilah rupa visa tu

IVS Global India Visa Centre




Tukaran wang

India menggunakan currency India Rupees. Aku menukar wang di money changer di Amcorp Mall. Pada masa tu, kadar tukaran yang aku perolehi adalah 100 rupees : RM 6.18. Tak sempat nak survey banyak tempat sebenarnya. Sempat survey di Tesco Rawang dan kadar tukarannya agak mahal iaitu 100 rupees : RM 6.32. 





Checklist

Final check barang2.

✅Pakaian yg mencukupi
✅Kasut yg selesa
✅Duit yg memadai utk mknan tghari dan shopping juga buat xtvt di sana
✅Pasport dan visa
✅Ubat2an
✅Barang kelengkapan diri persendirian
✅Camera atau henpon utk merakam memori di sana

Tak lupa, sebagai tambahan
✅3 in 1 cereal atau bancuhan air
✅Bekas isi air, senang nak bawa air ke mana2
✅Roti atau biskut paket kecil utk yg mudah lapar


Hopefully, percutian kali ini berjalan lancar.. Wait for my update.. 😃






Monday 19 March 2018

Aku dan Snail Mail




Aku mula mengenali dunia snail mail sejak sekolah menengah lagi. Tapi itu tak bertahan lama pun. Masa tu cuma dapat 2 orang penpals je. Seorang dari Thailand dan seorang lagi dari UAE. Aku dan bff aku,Chah cuma suka-suka je hantar surat. Orang kata cuba nasib. Tak sangka pulak ada yang balas. Kami masa tu ambil alamat penpals dalam sisipan Nuances dari akhbar The Star (kalau tak silap akulah).. Penpals dari Thailand bernama Bask dan dari UAE bernama Donia Abbas. Baru-baru ni,aku dapat contact balik Bask. Aku approach dia dalam IG, mujur dia ingat aku lagi.


Awal tahun baru-baru ni, dalam tengah scroll IG tu, aku terjumpa pic envelope yang cantik. Rupa-rupanya tu pic envelope untuk penpals. Tiba-tiba kenangan tentang snail mail tu muncul kembali. Aku pun terfikir why not aku try balik snail mail ni. Lagipun sempena dah nak masuk 30-an ni ,aku nak try something new. I mean new adventure.. Jadi aku rajinkan diri untuk search individu yang ingin menjadi penpals. Lepas tengok profile and rasa dia sesuai untuk jadi penpals, aku terus DM mereka. Ada sudi and ada yang tak. Jadi,janganlah kecil hati pulak kalau ada yang tak sudi. Masing-masing bebas memilih kan?. Aku juga ada follow IG untuk penpals community kerana ada iklan untuk mencari penpals di sana tapi hati-hati bukan semua yang jujur. Ada yang berniat untuk prank pun ada. Selain itu ada yang approach kita untuk menjadi penpals dan meminta kita menulis surat dahulu tetapi bila surat dah hantar,surat balasan tak kunjung tiba. Walaubagaimanapun, bukan semua macam tu. Ramai lagi yang jujur dan serius untuk menjadi penpals. Perasaan bila mendapat surat tu amat seronok sekali. Selalu orang tanya aku, apa yang aku tulis dalam surat aku. Well, aku selalunya bercerita tentang diri,keluarga, hobi dan pasal negara kita. Jangan terkejut kalau ada yang masih tidak mengenali negara kita.

Setakat ini,aku telah mempunyai 13 orang penpals. Aku sentiasa terbuka untuk mengenali penpals yang baru tetapi mestilah FEMALE..


Surat daripada Mariem dari Tunisia


Surat daripada Jamie dari USA


Surat daripada Namhui dari South Korea


Surat daripada Minu dari Sri Lanka


Surat daripada Julia dari Russia


Surat daripada Kazusa dari Japan


Surat daripada Kim dari Netherlands


Surat daripada Victoria dari Ukraine


Surat daripada Heidi dari USA


Surat daripada Aby dari Philippines


Surat daripada Rea dari Philippines


Surat daripada Frankie dari Australia


Surat daripada Anis dari Indonesia


Ini adalah surat yang aku terima sepanjang tahun ini.

Aku berharap agar memperoleh banyak surat lagi. Tak sabar untuk menulis surat kepada mereka dan membina ikatan persahabatan yang baru.

Itulah antara pahit dan manis dunia snail mail. Sesiapa yang berminat boleh mencubanya. Tiada istilah terlewat untuk snail mail..

Bye for now. Jumpa lagi di entry seterusnya. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi menjenguk blog ni..

Sunday 18 March 2018

Pengenalan



Sempena usia aku yang akan melangkau 3 series, aku berazam untuk mencuba sesuatu yang baru yang tak pernah aku terpikir hendak cuba sebelum ini. Salah satunya adalah menulis blog.Aku selalu membaca blog terutamanya blog berkaitan dengan travel. Aku suka jalan-jalan jadi blog sebegitu yang selalu aku ikuti.


Pada tahun ini juga aku telah mencuba hobi baru iaitu 'snailmail'. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu snailmail. Snailmail dalam bahasa mudahnya ialah berutus surat dengan rakan pena tidak mengira dalam negara atau luar negara. Setakat ini aku telah mempunyai 13 orang rakan pena dan kesemuanya adalah dari luar negara. Aku menggunakan snailmail sebagai platfom untuk memperbaiki bahasa Inggeris aku. Akan aku ceritakan lebih detail tentang rakan pena aku di dalam entry yang akan datang.


Selain itu, aku juga menyertai Postcrossing. Postcrossing adalah tempat untuk kita bertukar-tukar poskad dengan orang yang kita tidak kenali. Seronok bila mendapat poskad yang pertama setelah menunggu lama. Peraturannya kita mesti menghantar 5 poskad kepada individu yang kita tidak kenali dan alamatnya akan diberikan oleh Postcrossing. Setelah salah satu poskad yang dihantar telah diterima,baru kita akan memperolehi poskad kita yang pertama.


Seperti tahun lepas,tahun ini juga aku akan jalan-jalan makan angin ke luar negara. Destinasi untuk tahun ini adalah Kashmir. Hujung bulan ini aku akan ke sana. Akan aku kongsikan pengalaman aku di sana nanti.


Cukup disini dulu untuk pengenalan. Jumpa lagi di entry yang lain. Bye..



                                                             

TRIP BANGKOK 2019 (PART 4)

  DAY 5 (23 APRIL 2019) Oleh kerana flight kami adalah pada waktu petang, jadi kami decide pagi tu nak keluar jalan-jalan sekejap. Macam bia...